SELANGOR FC
BERITA

Skuad Pembangunan Selangor FC Mula Sesi Latihan Bagi Persiapan Perlawanan Musim 2024

Feb 23, 2024 - FAS

Skuad pembangunan Gergasi Merah, Selangor B23, B20 dan B18 tahun sedang giat berlatih bagi mempersiapkan pasukan sebelum saingan Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia 2024 bermula. 

Musim ini, skuad pembanggunan juga akan memulakan siangan sedikit lambat berbanding tahun lalu. Piala MFL akan bermula pada 20 Mei dan berakhir pada 15 April 2025. Manakala, Piala Presiden pula pada 22 April dan Piala Belia pada 18 April.

Biarpun itu, pemain-pemain muda Selangor FC sebenarnya telah memulakan latihan sejak dari 20 Januari lagi. Barisan jurulatih skuad pembangunan Gergasi Merah telah mengambil inisiatif untuk memastikan kecergasan pemain berada tahap yang baik sejak dari awal musim. 

Seperti skuad utama Selangor FC, pemain-pemain muda Merah Kuning juga mengadakan latihan pramusim di luar negeri Selangor. Skuad Selangor B23 dan B20 akan berkelana di Pulau Pinang dan Selangor B18 di Perak. Mereka akan berhadapan dengan beberapa perlawanan persahabatan di sana dan menjalani aktiviti-aktiviti ‘team building’ bagi membina ‘chemistry’ yang lebih kuat sesama rakan sepasukan.

Selangor FC berharap skuad pembangunan Gergasi Merah akan hadir ke gelanggang kejohanan Piala MFL, Piala Presiden dan Piala Belia dengan keadaan yang bersedia serta meraih banyak kejayaan untuk musim ini. Semoga initiative para jurulatih untuk mengadakan ‘team building’ serta perlawanan-perlawanan persahabatan sebelum saingan bermula membuahkan hasil. Ayuh Red Giants!

Demi Kebanggaan!